PUSAT RAWATAN ALTERNATIF
Kopi Radix...Mai Secawan. Begitulah bermulanya populariti jenama Radix di bumi Malaysia. Tetapi kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama. Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal dipasaran demi memajukan lagi ekonomi Umat Islam.Kini Radix bukan sahaja terkenal di Malaysia ianya juga sudah mula terkenal di negara luar contohnya Saudi Arabia,Mesir,Jordan,Dubai, Brunei, Australia,Thailand,Vietnam,Kemboja dan Indonesia.
Sunday, May 09, 2010
•❤•Beza Harga dan Kualiti•❤•
RADIX (7 Herba + Bonus) : 1S = RM 0.80
NESCAFE (2 Herba) : 1S = RM 0.65
GOLD CHOICE (2 herba): 1S = RM 0.65
SUPER (3 herba) : 1S = RM 0.825 Perhatikan! Radix HPA dengan campuran 7 herba dijual dengan harga setanding atau hampir setanding dengan kopi-kopi berherba dari syarikat-syarikat lain sedangkan kandungan herba dalam kopi mereka kurang dari kopi Radix HPA.
Kemudian hasil jualan kopi Radix HPA dipulangkan semula sebahagiannya kepada pengguna sebagai bonus khususnya bagi orang yang membantu syarikat sebagai perintis, penaja, pengedar, penjual dan sebagainya. Sementara syarikat-syarikat lain itu, keuntungan sepenuhnya menjadi milik mereka, tiada yang dipulangkan kepada pengguna.
Jawapan bagi soalan kedua
Bagi soalan kedua di atas; bonus adalah pemberian syarikat. Hanya orang yang mematuhi syarat-syarat syarikat sahaja berhak mendapat bonus. Oleh itu, orang yang melakukan perbuatan sedemikian (menjual produk di bawah harga yang ditetap syarikat) mereka bukan sahaja melanggar syarat syarikat, malah boleh melingkupkan syarikat. Maka mereka tidak layak mendapat bonus dari syarikat.
Dari segi Syarak, perbuatan mereka bercanggah dengan hadis Nabi s.a.w.; “Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat yang disepakati sesama mereka selama tidak menyanggahi al-haq (yakni Syari’at Allah)”. Orang-orang sebegitu perlu diingatkan bahawa ketamakan mereka bukan sahaja akan memudaratkan pengedar-pengedar yang lain, tetapi akhirnya akan memudaratkan mereka juga. Insya Allah, pihak bertanggungjawab di HPA sedang berusaha membasmi mereka.
Kepada pencinta perjuangan HPA, hayatilah firman Allah (bermaksud); “Saling bantu-membantulah dalam kebaikan dan takwa dan janganlah saling membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran (hukum Allah)”.
Wallahu a’lam.
Jawapan disediakan oleh;
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,
Pengurus Pentadbiran HPA Industri Sdn. Bhd.
Sarjana Muda Syari’ah Uni. Al-Azhar,
Diploma Takhassus Fiqh INSANIAH-ALAZHAR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment