PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

Kopi Radix...Mai Secawan. Begitulah bermulanya populariti jenama Radix di bumi Malaysia. Tetapi kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama. Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal dipasaran demi memajukan lagi ekonomi Umat Islam.Kini Radix bukan sahaja terkenal di Malaysia ianya juga sudah mula terkenal di negara luar contohnya Saudi Arabia,Mesir,Jordan,Dubai, Brunei, Australia,Thailand,Vietnam,Kemboja dan Indonesia.
Showing posts with label •❤•Info•❤•. Show all posts
Showing posts with label •❤•Info•❤•. Show all posts

Friday, April 27, 2012

•❤•Info•❤•

Assalamualaikum w.b.t.


Salam Jumaat kepada anda semua...
Alhamdulillah dengan kurnia dan kasih sayang Allah S.W.T. kita masih lagi hidup dan bernyawa pada hari ini. Alhamdulillah wa syukran Ya Allah...


Coretan hari ini just untuk nak maklumkan pada anda semua bahawa Al-Kautharherbs telah pun menjadi PUSAT AGENSI HPA... Alhamdulillah... Jemput kepada anda semua ke tempat kami dan SYUKRAN KATHIRA kepada anda semua yang sentiasa menyokong kami.


Semoga usaha dan jihad kita semua memperjuangkan produk 100% MUSLIM diterima dan diberkati oleh ALLAH S.W.T. Selagi nyawa dikandung badan marilah sama-sama kita teruskan perjuangan yang murni ini. 

TAKBIR! ALLAHU AKBAR! 
HPA! BOLEH! BOLEH! BOLEH!
GEMPUR PRODUK HALAL! INSYAALLAH!


Talian pertanyaan :
010-844 9365/ 019-457 5380/ 010-844 9351/ 019-595 0197

Wednesday, April 11, 2012

•❤•Info•❤•



"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

Saturday, March 17, 2012

•❤•Info•❤•




Petua Mengubat Pelupa

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali gus.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut
mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu (orang moden kata aromatherapy)
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Dipetik dari : ENSAIKLOPEDIA MELAYU LAMA

Thursday, February 16, 2012

•❤•Info•❤•



Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.

Sejarah perubatan:

Batu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun lidah buaya telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran. Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai 'penyembuh senyap' oleh pengadut agama Hindu dan 'ramuan harmonik' oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran.

Penanaman dan kegunaan

Pokok Lidah Buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba. Kajian penanaman lidah buaya di tanah bekas lombong yang diklasifikasikan sebagai tanah bermasalah telah dilaksanakan di Stesen MARDI Kundang, Selangor. Hasil kajian menunjukkan lidah buaya amat berpotensi ditanam di tanah bekas lombong kerana ia hanya memerlukan lembapan tanah yang amat minimum.

Bahan awet:

Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.

Perubatan:

Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).

Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.

Makanan:

Senarai Pokok

Hebahan cerita tentang banyaknya manfaat daripada penggunaan Lidah Buaya yang semakin popular telah menjadikan para pengeluar makanan tertarik untuk mengolahnya sebagai bahan makanan baharu. Hal ini terbukti dengan beragamnya produk makanan daripada ekstrak Lidah Buaya yang dijual dalam pasaran. Ada antaranya yang dijual segar atau dibuat manisan, jus, serbuk sehinggalah ke gel aloe vera.

Selain sebagai bahan utama dalam kecantikan, Lidah Buaya juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semulajadi.

Negara-negara Dunia Ketiga dilihat agak ketinggalan, berbanding negara-negara membangun di sekitar lautan Pasifik seperti Hongkong, Taiwan dan China, di mana mereka sentiasa menggunakan Lidah Buaya sebagai suatu makanan budaya. Mereka menggunakannya dalam bentuk jus, manisan bahkan dicampur dengan teh.

Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan.

Bagi pengguna yang ingin mengolah Lidah Buaya, berikut merupakan tips bagi mengurangkan bau langu, rasa pahit dan lendirnya:

  • Sentiasa memilih Lidah Buaya berisi tebal. Kupas kulit sedikit tebal sehingga tersisa isi buah yang berwarna putih lutsinar. Potong menjadi bentuk yang lebih kecil. Rendam di dalam air matang yang telah ditambah dengan 0.025% garam dan 0.025% asam sitrat. Biarkan selama 2 jam, cuci bersih dan tiriskan.
  • Cara lain: Setelah dikupas, cuci dan ramas-ramas potongan isi Lidah Buaya di dalam air garam. Setelah lendirnya hilang, rendam dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel yang lebih kukuh dan kenyal. Cuci bersih dan gel siap digunakan. (sandi faperta untan).

Wednesday, August 03, 2011

•❤•6 Heads Pains You Should Never Ignore•❤•

Remember in the good old days, when doctors made house calls? Yeah, I don’t either. But it sounds awesome: No waiting rooms. No cranky receptionists. No parade of nurses, residents, and other strangers poking you. Just you and your doctor, in the privacy of your own home.

We have the next best thing here at Men’s Health: dozens of the nation’s top doctors on speed dial. Cardiologists, neurologists, dermatologists, dentists . . . you name it. They don’t make house calls, but they will talk to us from the privacy of our own phone.

One of our most prolific top docs is T.E. Holt, M.D., a physician at the University of North Carolina School of Medicine. We editors write from the patient’s perpective, but Dr. Holt writes from the doctor’s perspective. And he’s always insightful, whether he’s revealing keywords you can say to get a doctor’s attention or explaining how to spot a physician who doesn’t know what he’s doing.

Recently, Dr. Holt wrote about one of the most common ailments in the world: the headache. If you're like most people, you've probably heard of the three major types of headaches:

1. Tension headache: This is your garden-variety headache, with diffuse pain wrapping across the top of your head. These headaches often result from stress or lack of sleep. They're not usually disabling, typically fade overnight, and can be easily relieved with ibuprofen, acetaminophen, or aspirin.

2. Migraine headache: Migraines tend to hit one side of the head, and can last from several hours to several days. They’re usually marked by a sensitivity to sound and light. When a migraine strikes, you can manage it with Advil Migraine or Motrin Migraine Pain (both ibuprofen medications) or Excedrin Migraine (a combination of aspirin, acetaminophen, and caffeine).

3. Cluster headache: This one is an excruciating attack that explodes behind one eye, reaches a crescendo after about an hour, and then vanishes—only to return in a day or so. This goes on for a few weeks, and then stops for months. Numerous drugs target clusters, including some of the migraine meds.

The good news about these headaches, says Dr. Holt, is that they're all completely harmless. But not every aching head is a simple headache. Here are six that could be a sign of something serious—and potentially deadly. Watch out for . . .

The Thunderclap Headache
If head pain hits you like a bolt out of nowhere, intensifying in a few minutes into the worst headache you've ever had, call 911. The list of causes for this kind of headache isn't long (aneurysm, stroke, meningitis) but almost everything on it can be very quickly fatal, says Dr. Holt.

The Exercise Headache
If your headache comes on quickly and furiously with violent physical exertion, see a doctor right away. Chances are, the cause is benign, says Dr. Holt. But it also could be a subarachnoid hemorrhage.

The Headache that Spreads to Your Neck
Benign headaches stay in your head, says Dr. Holt. Headaches that don't can be meningitis or a hemorrhage. So yes, call 911, especially if you have a fever, are just getting over a bacterial infection, have a rash, or can't think clearly.

The Headache that Won't End
A headache that comes and goes for days—with a low-grade fever, visual disturbances, and aching in one or both of your temples—often signals an inflammation of the arteries that can leave you blind if not treated. See your doctor right away, says Dr. Holt.

The Contagious Headache
Your family is all home on a cold, rainy Saturday. As the day goes on you develop a headache that grows steadily worse. If anyone else has the same headache, move everyone outdoors immediately. There's a malfunction in your heating system and it's spewing carbon monoxide. Once you're out of the house, call the fire department. Your headache should clear up in a few hours.

The Headache that Wakes You Up
You should also be concerned if your headache has been worsening for weeks, says Dr. Holt, or if it’s present every morning when you wake up. This is the classic pattern for a slowly expanding mass. It may not warrant a 911 call, but you should see your doctor and schedule an MRI right away.

By Bill Phillips and the Editors of Men's Health
Aug 01, 2011

Friday, July 22, 2011

•❤•Keahlian HPA•❤•

aSsaLamuaLaikum w.B.t.

*penDaftaRan ahLi herBa peNawaR aL-waHiDa (HPA) d buka kPd seSape yG b'minaT uTk m'jD uShwn herBaLis musLim dGn pndPtan RM10,000 dLm mSe 3tHun.
*hanYa RM30 seUmur hiDuP
*berkOnSepkan jiHaD, deRmaWan & taAwun.
*peRcuma seSi rawaTan beKam sUnnaH d puSat rawaTan kami.
*peRcuma seSi rawaTan beKam sUnnaH hanYa unTuk 30 oranG yG t'awaL m'buaT p'dfTran sahJa
*hanYa d aL-kauTharheRbS

keBaikan b'beKam :~
*menYihaTkan tuBuh baDan
*meRawaT penYakiT daRah tinGGi
*meRawaT penYakiT miGrain
*meRawaT penYakiT GhOut
*meRawaT penYakiT reSdunG
*meRawaT penYakiT aSma
*meRawaT penYakiT aLergi
*meRawaT sakiT LutuT
*meRawaT sakiT pinGGanG
*meRawaT hOrmOn x sTabiL
*meRawaT koLestrOl yG tinGGi
*meRawaT haiD x t'aTur
*meRawaT LenGuh-LenGuh d baDan/ kaki
*menGeLuarkan tOksiD d dLam baDan


huBunGi : 019-457 5380 (aTiQah)

...keCukuPan prOduk haLaL tanGGunGjwb b'Sama...

Monday, July 18, 2011

•❤•ESP Real Business•❤•








Eksklusif Sentuhan Ppemimpin (ESP)-Real Business

Tarikh & tempat :
9 Julai 2011-Zon Sarawak & Zon Selatan
16 Julai 2011-Zon Sabah
17 Julai 2011-Zon Tengah
23 Julai 2011-Zon Timur
30 Julai 2011-Zon Utara

Matlamat :

1.Melahirkan 100 000 usahawan herbalis Muslim berpendapatan RM10 000 & ke atas
2.Berjuang fisabilillah melalui ekonomi
"Aishah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W. pernah berkata bahawa Abd rahman bin Auf akan masuk ke syurga secara merangkak". Para ulama' menyebut maksud Nabi Muhammad S.A.W. bahawa Abd Rahman bin Auf akan masuk syurga secara merangkak ialah kerana syurga itu terlalu hampir dengan Abd Rahman. Jelas disini bahawa ekonomi sangat penting dalam perjuangan memartabat & memenangkan Islam sebagai agama yang suci.
3.Memahami konsep sebenar perjuangan HPA yang mahu memerdekakan umat Islam dari kancah kemiskinan


"Kecukupan Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Untuk maklumat lanjut hubungi : 019-457 5380

Monday, April 04, 2011

•❤•Al-Kauthar Training Centre•❤•


Al-Kauthar Training Centre***

(setiap RM1 dari yuran akan disumbangkan kepada Surau Taman Siputeh)



Program : Celik Al-Quran & Fardhu 'Ain

Hari : Isnin, selasa & rabu

Tarikh : 31 mei-10 jun 2011

Masa : 10.30am-12.30pm / 4.30pm-6.30pm

Yuran : RM60 sahaja

*terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun



Program : Celik Al-Quran & Fardhu 'Ain

Hari : Isnin, selasa & rabu

Tarikh : terbuka

Masa : 9.00pm-10.00pm

Yuran : RM70 sahaja

*terbuka untuk orang-orang dewasa



Program : Kelas hafazan sambilan

Hari : Khamis & jumaat

Tarikh : 31 mei-10 jun 2011

Masa : 10.30am-12.30pm / 4.30pm-6.30pm

Yuran : RM60 sahaja

*terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun



Program : Kursus intensif peribadi remaja muslim millenium

Hari : Sabtu & ahad

Tarikh : 31 mei-10 jun 2011

Yuran : RM90 sahaja

*terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun



Kelulusan tenaga-tenaga pengajar :

1-Diploma Lanjutan Law, UITM

2-Degree in syariah, Mu'tah University, Jordan

3-Degree in Psycology, UPM

4-Master in Muamalat Administration, Islamic Science University of Malaysia



*untuk keterangan lanjut hubungi : 019-4575380

Thursday, March 24, 2011

•❤•TaHniaH•❤•

taHniah kPd aLiyaH muNiRah binTi mohD aYub aTs keJaYaannYa dLm sPm...♥

anTaRa raHsianYa aLiyaH muNiRah binTi mohD aYub :
1- amaLkan EQ-minda seTiaP haRi
2- amaLkan koko minDa seTiaP haRi
3- amaLkan aL-ma'ThuRat seTiaP haRi
4- amaLkan YaaSin seTiaP haRi
5- amaLkan minTa maaF kePaDa iBu BaPa seTiaP haRi

Thursday, March 10, 2011

•❤•Thibbun Nabawi•❤•

Kebaikan Bekam Sunnah :

*Menyihatkan tubuh badan

*Awet muda

*Merawat resdung

*Merawat penyakit migrain

*Merawat penyakit ghout

*Merawat lenguh-lenguh dibadan/ kaki

*Membuang toksid dari badan

*Membuang darah kotor dari badan

*Merawat kolestrol yang tinggi

*Merawat sakit lutut

*Merawat haid tidak teratur

*Merawat penyakit darah tinggi

*Merawat masalah paru-paru/ athma

*Merawat sakit pinggang

*Merawat alergi

*Melancarkan perjalanan darah

*Merawat hormon tidak stabil

*Membuang angin dari badan



Untuk pertanyaan/ tempahan rawatan sila SMS soalanbekam/ rawatanbekam ke 019-4575380

•❤•Program Pemantapan Kepimpinan Perak Tengah•❤•

Program pemantapan kepimpinan perak tengah
Tarikh : 19/3/2011
Masa : 9am-5pm
Tempat : HPA cawangan manjung
Bayaran : RM10 sahaja
*Undangan khas~ PJS Cikgu Murad
Hubungi : Ayub (019-5545167)/ Azakiah (019-4585910)/ 'Atiqah (019-4575380)

Tuesday, February 15, 2011

•❤•Sijil Herbalis ke-20•❤•

Pada: 28 MEI 2011 HINGGA 18 JUN 2011.
YURAN PENYERTAAN HANYA RM 3000 SAHAJA…
TERHAD KEPADA 50 ORANG PESERTA SAHAJA.

Daftar dengan Tel/sms nama kepada Pn Azira: 01945488727

Cepat~!!! Rebutlah peluang keemasan ini...:)

Saturday, January 15, 2011

•❤•Program Di HPAIC•❤•

08 JANUARI 2011
KURSUS LANJUTAN AGEN STOK(PENGETAHUAN PRODUK)
OLEH : TN. HJ. ISMAIL AHAMD
8.00 PAGI – 1.00 PETANG

09 JANUARI 2011
KULIAH PERUBATAN JAWI
OLEH : TN. HJ. ISMAIL AHMAD
2.00 PETANG – 5.00 PETANG

11 JANUARI 2011
SEMINAR M.L.M SYARIAH
OLEH : USTAZ AHMAD ALI
8.00 MALAM – 11.00 MALAM

15 JANUARI 2011
BOIKOT PRODUK YAHUDI
OLEH : EN. ALI HASSAN
8.00 MALAM – 11.00 MALAM

19 JANUARI 2011
SEMIANAR JAKIM ‘ELEMEN-ELEMEN SYARIAH DALAM INDUSTRI HALAL”
OLEH : USTAZ MOHD AMRI ABDULLAH
8.00 PETANG – 11.00 MALAM

24 JANUARI 2011
PROGRAM BERSAMA EN. MUHAMMAD FAISOL ABD. RAHMAN
OLEH : EN. MUHAMMAD FAISOL ABD. RAHMAN (GM ALWAHIDA MARKETING)
9.00 MALAM – 11.00 MALAM

29 JANUARI 2011
PROGRAM DARI KPA – KURSUS KEUSAHAWANAN
OLEH : KELAB PIMPINAN ALWAHIDA
8.00 PAGI – 5.00 PETANG

30 JANUARI 2011
PROGRAM DARI KELAB HERBALIS KPA
OLEH : HERBALIS KPA
8.00 PAGI – 5.00 PETANG

Sunday, November 14, 2010

•❤•Kosmetik Murahan Pembunuh Misteri~!•❤•

Bahana krim pemutih
Penjualan krim pemutih kulit yang tidak terkawal di Senegal menyebabkan ramai wanita di negara itu berdepan dengan risiko kecacatan kulit akibat kesan negatif bahan hidrokuinon.

BAHAN hidrokuinon yang tinggi menyebabkan seorang wanita Senegal menderita iritasi kulit yang teruk.
________________________________________


SELAMA 20 tahun, Diop tanpa jemu menyapu krim pencerah wajah sebelum tidur. Sapuan itu dilakukannya setiap malam dengan harapan dirinya kelihatan lebih putih. Dia terus melakukannya sehinggalah suatu hari tompok-tompok hitam mulai muncul di wajahnya kira-kira dua tahun lalu.
Wanita yang terlalu malu untuk mendedahkan nama penuhnya itu berkata, dia pernah diberitahu tentang potensi risiko negatif akibat sapuan krim tersebut. Namun, seperti kebanyakan wanita Senegal yang lain, dia memilih untuk tidak mengendahkan nasihat tersebut.
"Saya suka mencerahkan kulit saya kerana orang akan kata, anda lebih cantik dan putih," katanya yang berusia 50 tahun.
Krim pencerah kulit yang mengandungi steroid atau hidrokuinon itu telah dikritik pakar-pakar dermatologi kerana menjadi ancaman kesihatan. Namun, krim yang tidak pernah kehabisan stok di pasaran masyarakat Senegal itu terus menggoda pelanggan.
Berdasarkan kajian pada tahun 2003 oleh pakar dermatologi Perancis dan Senegal, penggunaan krim pencerah seperti itu telah tersebar luas di kalangan wanita negara Afrika. Dianggarkan antara 25 hingga 67 peratus wanita adalah pengguna setia produk tersebut.
Setelah dua dekad mengikuti amalan tersebut, Diop mengakui dia sukar untuk menghentikan tabiat tersebut, biarpun setelah tompok-tompok hitam mulai muncul.
"Untuk menghentikannya, saya terpaksa meminta tolong daripada rakan yang menyokong saya. Tanpanya, mungkin keadaan lebih sukar kerana saya begitu percayakan krim ini.
"Dia (rakan) menunjukkan sebuah majalah yang memaparkan gambar-gambar wanita yang menderita akibat kesan krim kecantikan tersebut. Apabila melihat gambar itu, saya tekad untuk menghentikannya," ujar Diop.
Krim tersebut sangat popular di Dakar, ibu negara Senegal. Di sebuah pasar terbuka Sandaga di bandar itu, penjual berkata, setiap hari mereka mampu menjual kesemua barangan krim kecantikan dengan nama seperti X-White dan Clear & White.
Paling murah, krim yang diimport dari Mali dan Ivory Coast, dijual pada harga AS$1 (RM3.50) sebotol tetapi bagi losen bermutu tinggi, ia boleh dijual pada harga AS$50 (RM174) sebotol.
Mounass, 21, berpakaian kemeja-t berwarna merah jambu dan berseluar ketat, berdiri sambil melihat bekalan krim pencerah terbaru yang dijual di pasaran.
Gadis itu biasanya menggunakan krim pencerah dua kali sehari dan setiap bulan, Mounass membelanjakan kira-kira AS$80 (RM279), lebih daripada pendapatan minimum rakyat Senegal untuk produk tersebut.
Semua itu dilakukan kerana lelaki Senegal lebih menggemari wanita yang berkulit cerah.
"Saya langsung tidak tahu bahawa ia boleh membahayakan kesihatan," katanya apabila ditanya mengenai risiko yang berpotensi dihadapinya. Dia dengan gembira meninggalkan pasar tersebut sambil membawa beberapa buah botol krim pemutih.
Ketika hampir kebanyakan label menunjukkan terdapat kandungan hidrokuinon sebanyak dua peratus dalam produk krim pencerah, penjual di Sandaga mengatakan, ia sebenarnya lebih daripada lima peratus.

SEORANG wanita menunjukkan parut di lengannya didakwa akibat losen pemutih kulit.
________________________________________


Penggunaan hidrokuinon sudah lama diharamkan di negara Kesatuan Eropah sejak tahun 2001 sebagai karsinogenik berpotensi.
Masalah kesihatan umum
Para doktor pula mengatakan jualan krim kecantikan itu tidak dikawal sepenuhnya di Senegal.
Di pejabatnya yang terletak di Hospital Aristide Dantec, Dakar, pakar dermatologi, Suzanne Oumou Niang memberitahu bahawa penggunaan krim untuk mencerahkan kulit wajah di negara-negara Afrika Barat telah meningkat sejak lebih sedekad lalu.
"Krim ini dijual bebas, sedangkan mereka perlu mendapatkan persetujuan doktor sebelum menggunakannya. Pihak berkuasa seharusnya mengharamkan penjualan krim pencerah dan mendidik orang ramai mengenai bahaya menggunakannya," jelas Suzanne.
Pakar-pakar dermatologi menganggarkan 60 peratus daripada beberapa kes jangkitan bakteria pada kulit yang dirawatnya berkaitan dengan penggunaan krim pencerah.
"Ia telah menjadi masalah besar dalam kesihatan masyarakat umum. Wanita daripada pelbagai peringkat usia dan kelas masyarakat, menggunakan produk sedemikian kerana ia sesuai dengan bajet mereka," tambahnya.
Selain daripada jangkitan bakteria pada kulit seperti tompok hitam, produk itu juga berisiko menyebabkan keracunan dalam darah, penyakit darah tinggi dan diabetes.

SUZANNE menunjukkan seorang pesakit yang mengalami kerosakan kulit akibat penggunaan krim pemutih.
________________________________________


Kajian pada tahun 2006 di unit bersalin Dakar Institute of Social Hygiene turut menunjukkan bahawa anak yang dilahirkan oleh ibu yang sering menggunakan krim mengandungi steroid, mempunyai berat badan lebih rendah berbanding kelahiran normal.
Sementara itu, Diop mengakui terkejut dengan kesan yang dialami setelah berjaya menghentikan tabiat pemakaian krim pencerah yang dilakukannya sejak dua dekad lalu.
"Semua orang mengatakan saya kelihatan lebih muda daripada suami. Kulit muka saya yang semula jadi telah kembali semula," ujarnya. - AFP

Kosmetik murahan pembunuh

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Iskandar Shah Mohamed
am@hmetro.com.my

Kandungan hidrokuinon punca kanser, sawan, koma

KUALA LUMPUR: Kebanyakan wanita golongan bawahan yang inginkan wajah cantik sanggup mengambil jalan singkat dengan menggunakan produk 'pembunuh' murahan mengandungi bahan kimia hidrokuinon yang biasanya digunakan sebagai pencuci filem.

Mereka hanya memikirkan kecantikan dalam sekelip mata tanpa mengambil kira risiko kanser, sawan, koma dan kulit terbakar yang bakal dideritai sepanjang hayat berikutan penggunaan produk terbabit.

Kosmetik yang dibawa masuk dari negara jiran itu sudah diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan sejak beberapa tahun lalu kerana kandungan hidrokuinon yang tinggi, tetapi kini dikesan masih dijual secara terbuka.

Umpamanya, di sekitar Masjid Jamek di sini, beberapa kedai didapati menjual produk seperti itu dan kemungkinan ia turut dijual di kedai tertentu di seluruh negara tidak boleh ditolak.

Siasatan Harian Metro mendapati bahan aktif hidrokuinon yang terkandung dalam barangan kosmetik dengan sukatan berlebihan boleh mencerahkan kulit pemakainya.

Bagaimanapun, tindak balas hanya berlaku di peringkat awal penggunaan sebelum pemakainya menerima risiko alahan dan pelbagai penyakit kulit yang serius.

Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Darshan Singh, berkata lebih 100 aduan kes membabitkan pemakaian kosmetik murahan itu diterima sejak awal tahun ini.

"Kebanyakan pengadu adalah remaja dan wanita kurang mampu tetapi mahukan wajah cantik seperti selebriti terkenal.

"Malangnya apa yang bakal menimpa mereka lebih menakutkan berbanding wajah asal. Ada yang menghantar gambar wajah mereka seperti dipanggang sebagai bukti aduan, malah ada juga yang datang sendiri dengan rupa mengerikan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pemantauan berterusan pihak berkuasa terhadap kosmetik tiada kelulusan itu perlu bagi membendung kebanjiran produk seperti itu.

"Selain itu, masyarakat kita perlu dididik supaya tidak mudah terpengaruh dengan label keluaran barangan import, sebaliknya cuba mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian sebelum mencuba sebarang produk di pasaran," katanya.

Ahli Farmasi Pusat Racun Negara, Halilul Rahman Mohamed Khan, pula berkata kebanyakan wanita biasanya tidak menitikberatkan soal keselamatan apabila membeli produk kosmetik.

Berikutan sikap sambil lewa itu, pelbagai krim pemutih yang menjanjikan kulit cantik dan cerah dicuba tanpa menyedari ia kemungkinan berisiko tinggi merosakkan kulit kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Menurutnya, penggunaan sebenar hidrokuinon tertumpu kepada bidang fotografi, bukannya kosmetik.

Bagaimanapun, ia masih diguna pakai sebagai bahan kandungan dalam kosmetik dengan peratusan yang sangat rendah.

"Penggunaan bahan aktif ini dalam kosmetik memang berkesan bagi menghilangkan kesan tompokan hitam. Namun, ia terpulang pada jenis kulit pengguna sendiri.

"Kesan sampingan penggunaan hidrokuinon sedikit jika digunakan pada kepekatan rendah, tapi menyebabkan kulit muka melecur dan terbakar jika digunakan dengan dos berlebihan," katanya .

Halilul berkata, hidrokuinon bukan sahaja bahaya digunakan pada kulit, malah mendatangkan kesan serius termasuk kerosakan sel darah merah jika termakan.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna lebih berhati-hati membuat pilihan produk kosmetik.

"Jika pengguna ingin membeli barangan kosmetik, biarlah ia mempunyai kelulusan sah daripada Kementerian Kesihatan," katanya.

Sunday, November 07, 2010

•❤•Program Pelapis PJS•❤•

Program Latihan Intensif 2 hari 1 malam.
Tarikh: 14&15 hb Dis 2010
Lokasi: Akan di umumkan nanti.
Maklumat mengenai persiapan lain akan di maklumkan dalam waktu terdekat.
Semua PELAPIS di kehendaki wajib hadir pada program tersebut.
Antara modul;
1. Kemantapan MLMS
2. Motivasi dan kejayaan bersama wakil PJS Malaysia dan Indonesia
3. Menjadikan pengamalan herba sebagai produk utama
4. Penghayatan Missi dan Vissi HPA
DLL
Kepada para pengedar yang kini sudah mencapai PENGARAH JATI dan mencecah bonus RM 1000 boleh memohon segera menyertai PELAPIS dengan menghubungi Sdr Kamal Ismail pada no H/P 0134804717 dengan kadar segera.
Sekian. Wasallam

Monday, October 18, 2010

•❤•Graduan dan Keusahawanan•❤•

ALOR SETAR: Cukup merugikan jika umat Islam terutama usahawan tidak mengambil peluang daripada keyakinan tinggi negara asing mengenai jenama halal produk yang dikeluarkan di Malaysia.

Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Ismail Ahmad, berkata dengan nilai permintaan terhadap produk halal bernilai RM7.1 trilion tahun ini di seluruh dunia, peluang bagi usahawan yang mampu mengeluarkan produk sedemikian untuk berjaya cukup luas.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan intelek terutama graduan di negara ini tidak terlalu berharap dengan kerjaya di sektor kerajaan dan swasta sebaliknya berusaha untuk mencipta produk sendiri.

“Pengangguran berada pada tahap 3.3 peratus setakat Julai lalu, termasuk membabitkan 40,000 graduan. “Kami (HPA) melihat peluang pasaran produk halal ini cukup besar dan amat berpotensi, sekali gus berharap seramai mungkin graduan menanam impian menjadi usahawan seterusnya rakan niaga HPA,” katanya menyampaikan kertas kerja sempena Karnival Usahawan 2010 anjuran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di kampus induk KUIN di sini, pagi semalam.

Sumber dipetik dari MyMetro 2 Oktober 2010

Tuesday, September 14, 2010

•❤•BAHAYA FLUORIDA•❤•

APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi seperti sianida yang memudaratkan, bertoksid dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksid yang digunakan dalam pergigian)

Thursday, July 01, 2010

•❤•ROKOK, Haram atau Makruh...?•❤•



Firma Allah S.W.T : "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan" (Surah Al-Baqarah:195)

Firman Allah S.W.T : "Dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu" (Surah An-Nisa':29)

"Merokok adalah jelas HARAM hukumnya berdasarkan dalil syara' dan hasil kajian yang dilakukan oleh pakar kesihatan" (Dr.Nasser Farid Wasel)

Mengapakah MEROKOK itu haram? Apakah sebab-sebab pengharamannya? Mari kita lihat sama-sama...
1)Dari sudut kebangkitan Islam :
Adakah anda tahu bahawa pembekal tembakau rokok terbesar didunia ialah 'PHILIP MORRIS'? Philip Morris merupakan sebuah syarikat tembakau yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan menguasai lebih 70% tembakau rokok terbesar dunia dan bukanlah menjadi satu rahsia lagi bahawa syarikat ini menyumbangkan sebahagian besar keuntungan dari hasil jualan tersebut disumbangkan kepada ekonomi Amerika Syarikat dan YAHUDI yang hari ini mencipta senjata-senjata canggih untuk memusnahkan negara-negara Islam. Mereka juga telah membunuh dan memusnahkan Palestin yang suci, Afghanistan, Iraq dan kini membuat persiapan untuk menyerang Syria, Iran dan lain-lain negara Islam. Tanpa kita sedari dengan merokok kita memberi sumbangan besar kepada ekonomi Amerika dan YAHUDI LAKNATULLAH. Kita mempunyai saham diatas kematian saudara-saudara Islam kita. Jangan hanya semangat 'berdemonstari' tetapi tidak MEMBOIKOT barang-barang YAHUDI. YAHUDI hanya mentertawakan kita bilamana mereka melihat kita berdemonstrasi kerana mereka tahu dikalangan manusia-manusia yang berdemonstrasi itulah yang membantu ekonomi mereka.

2)Dari sudut kesihatan :
Kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan sama ada Islam atau bukan Islam terhadap kesihatan seseorang perokok jelas mendapati merokok membahayakan kesihatan malah ia diakui oleh semua pihak sehingga tertulis pada setiap kotak rokok "Amaran oleh Kerajaan Malaysia Merokok Membahayak Kesihatan". Tetapi masih ramai lagi yang tidak menyedari akan kesan akibat merokok terhadap kesihatan diri orang yang merokok, keluarga dan masyarakat yang terdedah kepada pencemaran asap rokok. Berikut adalah hasil kajian bahan-bahan yang terdapat didalam sebatang rokok...
##Aseton## (penanggal cat)
##Hidrogen Sianida## (racun yang digunakan dalam kebuk gas)
##Ammonia## (pencuci lantai)
##Toluidina##
##Naphthylamine##
##Uretana##
##Metanol## (bahagian roket)
##Arsenik## (racun anai-anai)
##Naftalena## (ubat gegat)
##Dibenzacridine##
##Kadmium## (digunakan didalam bateri kereta)
##Fenol##
##Butana##
##Polonium-201##
##DDT## (racun makhluk perosak)
##Karbon Monoksida## (gas beracun dari ekzos kereta)
##Benzopyrene##
##Vinil Klorida## (membuat PVC)

3)Dari sudut pembaziran :
Islam melarang sama sekali umatnya membazir. Cuba kita renung kembali...
1hari 1kotak=RM5
1tahun 360 kotak=RM1,800
10tahun 3600kotak=RM18,000
Wang sejumlah RM18,000 dalam masa 10 tahun yang dibelanjakan untuk rokok sudah cukup untuk kita menunaikan rukun Islam yang ke-5 yakni fardhu HAJI. Tanpa kita sedari kita membakar wang kita begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa faedah walau sebesar zarah sekalipun.

Disini terdapat sinergi-sinergi herba yang boleh digunakan oleh perokok yang ingin berhenti merokok.

1-Kopi Radix (minum bila rasa teringat rokok)
2-Serbuk tanah Liat Putih (minum 2 kali sehari)
3-Radix Kapsul (2 pagi:2 malam)
4-Shark Cartilage (2 pagi:2 malam)

Selamat mencuba.....!

Monday, June 21, 2010

•❤•Harga Kopi Naik...!•❤•

Salam semua warga HPA

Pengurusan telah memutuskan untuk menaikan harga Kopi Radix disebabkan oleh beberapa faktor kenaikan bahan mentah yang tidak stabil kebelakangan ini khususnya gula. Namun kenaikan ini hanya melibatkan di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan Sabah dan Serawak.

Berikut adalah Harga Pengedar Baru Semenanjung Malaysia (Harga Pengguna dan NM tidak berubah)

1. Kopi Radix kecil(15 sachet) Harga Pengedar RM 14.00
2. Kopi Jumbo (32 sachet) Harga Pengedar RM 28.00
3. Kopi Papan (20 sachet) Harga Pengedar RM 18.00
4. Kopi Diet (15 sachet ) Harga Pengedar RM14.00

Tarikh kuat kuasa adalah 17hb Jun 2010
Semua pengurus zon dan pengurus cawanngan serta agen stok sila ambil perhatian.
Wasallam


Sumber di petik dari www.hpa.com.my

Sunday, May 09, 2010

•❤•Tawaran Membuka Restoran HPA•❤•




Mereka yang berminat untuk membuka Restoran RFC, RCH (Radix Chicken House), ROC (Radix Oriental Cuisine) dan Radix Bakery House (RBH) boleh menghubungi saya sendiri (Pengarah Urusan) melalui SMS (012-4059717). Semua contoh perniagaan itu terdapat di HPA City Sungai Petani dan Alor Setar, boleh menjadi “prototaip” untuk dipindah ke mana sahaja lokasi pilihan anda.

Keinginan anda untuk bersama HPA mengembangkan produk halal kami dahului dengan ucapan terima kasih. Kos projek adalah seperti berikut:

1. RFC – 1.5 juta
2. RCH – 500 – 600k
3. ROC – 300 – 400k
4. RBH – 100 – 200k.

Kesemua bergantung kepada lokasi dan keluasan tempat pembinaan. Apapun jumpa saya (Pengarah Urusan) dulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Terima Kasih.

Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com

Perkembangan RFC

RFC di Kluang sudah hampir 99.9% siap. Satu lagi bendera kita kebarkan diselatan. Sebulan kemudian pula lagi kita rasmikan RFC di Maidin Mall. Team leader Lembah Kelang, En Hafizan, Dr Ishak, Cikgu Murad dan lain-lain bersiap sedia dengan dua RFC di Shah Alam dan Kajang. Ini semua adalah kerja gigih dari kalian semua yang mengadakan PBC dari utara sampai Selatan. Pantai Timur bersedia untuk menyusul RFC Kubang Krian dan 5 lokasi lagi yang sedang dipilih.

Kesetian kalian semua dituntut kerana kalianlah yang menjadi pilar bagunan HPA ini. InsyaAllah.

Pembukaan RFC Kluang
Restoran RFC Kluang, Johor

Syukur, RFC Kluang akan dibuka untuk umum pada 24/10/09. InsyaAllah. Persiapan dibuat hampir siap dan team RFC HQ kini telah mula mengatur kerja dan shif. Sebenarnya mereka telahpun membuat kursus RFC dan kursus Penghayatan HPA sebulan yang lepas bagi persiapan ini. Namun begitu membuka RFC bukan hanya kepada kedainya sahaja tetapi menguruskan semua keperluan yang terlibat.

Tarikh cadangan awal telah di tukar ke tarikh ini bagi menyempurnakan semua persiapan yang diluar jangka. Semoga warga HPA selatan akan menjadi juru bicara kepada produk unggul kita dipasaran makanan segera. Amin.
Restoran RFC Cawangan Bandar Laguna Merbok, Sg Petani
RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan ‘drive-thru’ atau pandu lalu
Cawangan HPA juga turut terdapat dalam RFC Bandar Laguna.