PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

Kopi Radix...Mai Secawan. Begitulah bermulanya populariti jenama Radix di bumi Malaysia. Tetapi kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama. Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal dipasaran demi memajukan lagi ekonomi Umat Islam.Kini Radix bukan sahaja terkenal di Malaysia ianya juga sudah mula terkenal di negara luar contohnya Saudi Arabia,Mesir,Jordan,Dubai, Brunei, Australia,Thailand,Vietnam,Kemboja dan Indonesia.

Sunday, November 08, 2009

•❤•Restoran Radix Organic Recepies (ROR)•❤•



Restoran Radix Organic Recepies (ROR) telah pun memulakan operasinya bersebelahan Hotel El-Zahraa Inn Sungai Petani. Menu utama yang dihidangkan ‘Radix Chicken Rice’ atau nasi ayam Radix telah banyak mendapat pujian pelanggan-pelanggan yang hadir. Para pelanggan juga boleh mencuba minuman-minuman HPA yang di ‘ice-blended’kan seperti Radix ice-blended, Koko ice-blended dan lain-lain lagi.

Selepas RFC, dijangka ROR akan diperkenalkan keseluruh negara dengan kos yang tidak terlalu tinggi seperti RFC. Walau apapun datang dulu menikmati hidangan di restoran kita bersama sebelum bercadang atau mencadangkan agar ia dibuka ditempat tempat yang lain. HPA juga sentiasa tidak melupakan para pengedar dengan nilai mata (NM) yang tetap disediakan sama seperti RFC. InsyaAllah.

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Mengenai ROC:

Terima Kasih kepada pengunjung ROR
Kemunculan RFC telah jenuh diperkatakan orang apatah lagi warga HPA yang melihat peniagaan ini sebagai pentas perjuangan mereka.Mereka bangga dengan pencapaian ini. Walaupun bagi ahli yang jauh seperti di Sabah dan Sarawak , mereka turut mengirim sms tidak henti-henti mengucapkan tahniah pada HPA. Kini muncul pula ROR dengan memperkenalkan “Nasi Ayam Organik” yang sangat lazat rasanya. Disebalik kelazatan dan organik sebenarnya Nasi ayam tersebut menggunakan 2 herba utama iaitu minyak zaitun dan madu HPA. Namun bagitu peniagaan ini sebenarnya sebagai altenatif kepada umat Islam bagi mendapatkan makanan yang segar dan halal. Kebanyakan nasi ayam yang dijual dipasaran menggunakan MSG dan chicken stok (kiub pati ayam). Kiub pati ayam yang digunakan dalam sup belum ada yang halal oleh sebab itulah kewajipan kepada kita mewujudkan pilihan halal dipasaran.

Kita dapat mengenali penggunaan kiub yang tidak halal ini dengan melihat sup ayam tersebut mempunyai aroma yang kuat sedangkan kuahnya jernih. Ini berbeza dengan sup ayam asli dimana warna sup lebih gelap seperti yang di gunakan di ROR!

No comments:

Post a Comment