PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

Kopi Radix...Mai Secawan. Begitulah bermulanya populariti jenama Radix di bumi Malaysia. Tetapi kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama. Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal dipasaran demi memajukan lagi ekonomi Umat Islam.Kini Radix bukan sahaja terkenal di Malaysia ianya juga sudah mula terkenal di negara luar contohnya Saudi Arabia,Mesir,Jordan,Dubai, Brunei, Australia,Thailand,Vietnam,Kemboja dan Indonesia.

Sunday, November 08, 2009

•❤•Radix Pizza House•❤•


Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana restoran Radix Pizza House (RPH) yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17 hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani. Restoran ini menyediakan masakan pizza seperti rendang pizza, satay pizza, tandoori chicken pizza dan lain-lain serta masakan western food seperti spaghetti. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

No comments:

Post a Comment