Ramai dalam kalangan perokok menganggap batuk adalah masalah yang tidak perlu dihiraukan berbanding kenikmatan menyedut bahan kimia tersebut.
Hakikatnya, batuk bukanlah perkara ringan terutama bagi mereka yang sudah lama merokok sehingga berbelas atau berpuluh tahun, malah perokok perlu bimbang jika akhir-akhir ini mendapati sukar bernafas dan cepat mengah walaupun melakukan aktiviti ringan seperti berjalan kaki.
Jika tanda ini ada, terutama bagi mereka berumur 40 tahun ke atas, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan paru-paru kerana dikhuatiri menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).
COPD dikenali sebagai gangguan saluran pernafasan kronik dan 85 peratus kes COPD di seluruh dunia adalah disebabkan oleh asap rokok manakala 15 peratus kes disebabkan faktor-faktor lain seperti genetik, pencemaran udara dan asap yang berpunca daripada arang dan habuk silika.
Gejala COPD paling utama ialah batuk terutama waktu pagi, sukar bernafas dan berkahak.Di Malaysia seramai 448,000 perokok dikenal pasti menghidap COPD teruk dan sedserhana teruk.
Mungkin penyakit ini tiada makna kepada perokok malah jika disenaraikan belum dapat menyentuh hati mereka untuk berhenti merokok.
TETAPI INGAT..! PEROKOK BUKAN SAHAJA MEMUDARATKAN PEROKOK MALAH IA JUGA MEMUDARATKAN ORANG DISEKELILINGNYA.
Sinar Harian-Isnin-12 April 2010
PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

Kopi Radix...Mai Secawan. Begitulah bermulanya populariti jenama Radix di bumi Malaysia. Tetapi kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama. Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal dipasaran demi memajukan lagi ekonomi Umat Islam.Kini Radix bukan sahaja terkenal di Malaysia ianya juga sudah mula terkenal di negara luar contohnya Saudi Arabia,Mesir,Jordan,Dubai, Brunei, Australia,Thailand,Vietnam,Kemboja dan Indonesia.
No comments:
Post a Comment