PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

Kopi Radix...Mai Secawan. Begitulah bermulanya populariti jenama Radix di bumi Malaysia. Tetapi kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama. Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal dipasaran demi memajukan lagi ekonomi Umat Islam.Kini Radix bukan sahaja terkenal di Malaysia ianya juga sudah mula terkenal di negara luar contohnya Saudi Arabia,Mesir,Jordan,Dubai, Brunei, Australia,Thailand,Vietnam,Kemboja dan Indonesia.

Saturday, November 28, 2009

Mangsa sindiket edar dadah kena penjara 6 tahun di Malta

KUALA LUMPUR: Wanita Malaysia, Dayang Sakienah Mat Lazim, 21, mangsa sindiket dadah antarabangsa yang ditahan menyeludup dadah ke Malta pada 29 Januari tahun lalu, dihukum penjara enam tahun dan denda sebanyak Euro 42,000 (RM213,815.55) oleh mahkamah negara itu, kelmarin.

Wanita yang berasal dari Bukit Payung, Terengganu turut didapati bersubahat dalam kegiatan jenayah membabitkan sindiket itu, termasuk aktiviti penggubahan wang haram hasil pengedaran dadah.

Akhbar The Malta Independent Online melaporkan keputusan itu dibuat Majistret Doreen Clarke selepas meneliti hujah pendakwa, termasuk imbuhan AS$1,000 (RM3,400) yang diterima defendan daripada sindiket dadah antarabangsa bagi setiap penghantaran ke Eropah dan Afrika sambil melancong.

Clarke dalam penghakimannya berkata: "Adalah sangat sukar untuk mempercayai defendan tidak mempunyai keraguan perbuatannya salah di sisi undang-undang kerana jumlah wang dijanjikan sudah cukup untuk menimbulkan syak mengenai tugas diberikan".

Mahkamah Malta juga diberitahu Dayang Sakienah menerima imbuhan itu daripada seseorang di Malaysia dan tidak pernah memberitahu ibu bapanya mengenai 'pekerjaan' yang dilakukannya.

Dayang Sakienah dalam keterangan membela diri mendakwa kehidupannya bermasalah dan amat memerlukan wang sebelum bersetuju ke Eropah bersama seorang lagi rakan senegara, Noor Faizura Md Lias, awal tahun lalu.

Dia dan Noor Faizura diminta menghubungi seseorang di Sepanyol untuk arahan selanjutnya dan selepas beberapa hari, seorang lagi rakyat Malaysia menyertai mereka yang memberitahu sudah menghantar bungkusan seperti diarahkan.

Pada awal Januari 2008, defendan dihantar ke Malta dengan membawa bersamanya dua paket mengandungi tepung berwarna kuning seberat kira-kira satu kilogram dalam `korset' dipakainya tanpa mengetahui ia dadah.

Sebaik penghantaran selesai, beliau diberikan EURO36,000 (RM182,431.81) untuk diserahkan kepada seseorang di Sepanyol. Pada 29 Januari 2008, dia membuat perjalanan kedua ke Malta, juga membawa bungkusan dadah, menggunakan taktik sama.

Ketika penghantaran kedua, dia diberikan EURO6,000 (RM30,403.57) dan memindahkannya kepada dua warga Argentina melalui Western Union. Selepas pemindahan itu, Dayang Sakienah kembali ke hotel penginapan di Malta, sebelum ditahan polis.

Defendan mendakwa tidak mengetahui diperalatkan sebagai pembawa dadah kerana tidak dibenarkan membuka bungkusan, malah menganggap ia berisi emas atau barang berharga lain, sehinggalah beliau bertemu seorang rakyat Malaysia di Sepanyol.

Sementara itu, keluarga Dayang Sakienah yang dimaklumkan mengenai hukuman itu menganggapnya tidak sepadan kesalahan dilakukannya.

Seorang ahli keluarganya juga mendakwa Dayang Sakienah tidak pernah ditangkap polis Malta, sebaliknya dia menyerah diri selepas menyedari dirinya diperalatkan.

"Kami akan membuat rayuan bagi meringankan hukuman itu. Bagaimanapun, kami kecewa dengan kerajaan kerana tidak membantu Dayang Sakienah, termasuk dari segi kewangan dan perundangan," katanya.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay ketika dihubungi mengesahkan Wisma Putra sudah menerima laporan keputusan mahkamah daripada Kedutaan Besar Malaysia di Itali, pagi semalam.

Petikan dari:Berita Harian,Sabtu,28 November 2009

No comments:

Post a Comment