PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

Kopi Radix...Mai Secawan. Begitulah bermulanya populariti jenama Radix di bumi Malaysia. Tetapi kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama. Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal dipasaran demi memajukan lagi ekonomi Umat Islam.Kini Radix bukan sahaja terkenal di Malaysia ianya juga sudah mula terkenal di negara luar contohnya Saudi Arabia,Mesir,Jordan,Dubai, Brunei, Australia,Thailand,Vietnam,Kemboja dan Indonesia.

Wednesday, September 16, 2009

•❤•Sakit Jiwa dan Ubat Penenang•❤•

Tidak ramai diantara pengedar HPA yang mengetahui bahawa shark cartilage memang baik untuk mereka yang sedang mengalami sakit jiwa dan terpaksa menelan ubat penenang pada setiap hari. Daripada banyak testimoni yang lepas , setelah diberikan kepada pesakit-pesakit jiwa ,mereka sembuh dengan izin Allah.

Dalam satu kes yang berlaku seorang pesakit terpaksa dihentikan perkhidmatannya kerana dikatakan mengalami tekanan mental,dimasukan ke hospital dan terpaksa mengamalkan ubat penenang seumur hidup. Ketika saya merawatnya buat kali pertama didapati pertuturanya juga bercelaru,tidak dapat tidur malam dan pupil matanya sangat besar. Selepas tiga hari diberikan shark dia sudah boleh tidur dan beransur-ansur menjadi normal semula. Hari ini sudah lebih dari 5 tahun ,dia tidak lagi mengambil ubat penenang dan boleh berkerja seperti biasa. Syukur.

Kes kedua juga berlaku bagitu tetapi berlaku kepada seorang pegawai bank. Mungkin tekanan kerja yang menyebabkan dia mengalami gangguan jiwa tetapi saya yakin sesudah dia mengambil shark cartilage,dia boleh tidur dengan rehatnya. Alhamdulilah pesakit tersebut berjaya diselamatkan dari terus tinggal di hospital sakit jiwa.

No comments:

Post a Comment